KUALA LUMPUR: Nilai ringgit tinggi sedikit pada berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi ini di tengah-tengah sentimen lemah mata wang Asia yang lain serta kebimbangan pelabur terhadap masalah pasaran hartanah China yang berterusan.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6845/6885 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin pada 4.6850/6880.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes menjangkakan ringgit didagangkan secara defensif hari ini apabila hasil bon 10 tahun AS mencapai tahap tertinggi baharu, meningkat 10 mata asas kepada 4.53 peratus, manakala masalah pasaran hartanah China yang berterusan menjejaskan mata wang Asia.
"Pasaran mata wang Asia nampaknya tidak akan mendapat bantuan daripada Rizab Persekutuan AS (Fed) yang komited untuk mengekalkan kadar faedah AS lebih tinggi untuk tempoh lama," katanya kepada Bernama.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula berkata ringgit diunjur kekal antara RM4.68 hingga RM4.69 hari ini menjelang kemungkinan penutupan kerajaan AS pada 1 Okt, sekiranya Kongres AS masih belum membuat keputusan mengenai rang undang-undang perbelanjaan.
"Dilaporkan sekiranya penutupan kerajaan berlaku, mungkin terdapat kelewatan dalam pengeluaran data perangkaan seperti seperti senarai gaji bukan ladang dan indeks harga pengguna yang dijadualkan pada 6 Okt dan 12 Okt.
"Ini akan membuatkan pelabur dan Rizab Persekutuan buntu dalam menilai petunjuk ekonomi terkini, yang membawa kepada ketidaktentuan selanjutnya," tambahnya.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.9581/9623 daripada penutupan urus niaga Isnin pada 4.9825/9857, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7174/7223 daripada 5.7274/7311 dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.1467/1496 daripada 3.1523/1546 semalam.
Pada masa sama, unit tempatan itu diniagakan tinggi berbanding mata wang Asean yang lain.
Nilai ringgit meningkat berbanding baht Thai kepada 12.9360/9517 daripada 12.9642/9772 pada Isnin tetapi tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 304.1/304.5.
Mata wang tempatan turut menambah nilai berbanding peso Filipina kepada 8.24/8.26 daripada 8.25/8.26 pada Isnin dan naik berbanding dolar Singapura pada 3.4271/4303 daripada 3.4295/4319
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6845/6885 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin pada 4.6850/6880. -Reuters
Kes seleweng dana RM1.2 bilion: 2 pegawai kanan badan berkanun direman
Dua pegawai kanan badan berkanun ditahan SPRM kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM1.2 bilion.
Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi
Perdana Menteri sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Nenek 75 tahun, tiga lelaki didakwa miliki, edar dadah
Seorang wanita warga emas dan tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah awal bulan ini.
Korban banjir lahar dingin di Indonesia terus meningkat, 35 masih hilang
Angka kematian akibat banjir lahar dingin di wilayah Sumatera Barat di Indonesia telah meningkat kepada 58 orang.
Lelaki ditahan kerana tolak 2 individu ke landasan kereta api di Jepun
Seorang lelaki telah ditahan pada Rabu kerana didakwa menolak dua orang ke landasan kereta api di sebuah stesen di Kawasaki yang berhampiran dengan Tokyo.
Konsortium diteraju Khazanah dan KWSP tiada rancangan berhentikan pekerja MAHB
Kosnosrtium diterajui Khazanah dan KWSP mengesahkan tidak ada sebarang rancangan memberhentikan pekerja susulan langkah menjadikan MAHB syarikat persendirian.
Niaga AWANI: Kadar inflasi di Argentina melonjak hampir 290 peratus
Kadar inflasi tahunan di Argentina meningkat kepada 289.4 peratus harga di negara tersebut meningkat 8.8 peratus pada April.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Rumah bawah RM300 ribu paling banyak dilancar pada suku pertama
Harga kediaman baharu di bawah RM300 ribu catat peningkatan pada suku pertama 2024 apabila merekodkan jumlah paling banyak dilancarkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Syarikat gergasi EV dari China lancar model baharu di Mexico
Pengeluar kenderaan jenama BYD dari China berkata, syarikat itu tidak pernah mengintai peluang memperluaskan pasarannya ke Amerika Syarikat. Ia dibuktikan apabila syarikat itu melancarkan Shark, sebuah trak pikap elektrik hibrid bersaiz sederhana, di Mexico.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Rusia sasar untuk jadi antara empat ekonomi terbesar dunia - Putin
Matlamat itu ditekankan Putin dalam ucapannya di Perhimpunan Persekutuan Rusia pada Februari 2024.
Ringgit mengukuh hampir 4.70, jaminan Fed tingkat harapan berhubung kadar faedah
Aliran meningkat ringgit berterusan, kembali kepada paras 4.70 berikutan jaminan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kadar faedah.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
Permintaan meningkat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih positif apabila diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ringgit dinilai secara tidak adil berbanding dolar AS - Timbalan Gabenor BNM
Penilaian begitu tidak mengambil kira prestasi mata wang secara keseluruhan, kekukuhan dan asas-asas ekonomi negara dan prospek masa depan.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan dolar AS kekal kukuh.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan mata wang negara itu mengukuh berbanding mata wang utama lain.
Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.